suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Jeffrey Kitingan, Adun Bingkor pula disahkan positif Covid-19

Adun Bingkor, Datuk Robert Tawik dimasukkkan ke Hospital Keningau selepas disahkan positif Covid-19 pada Jumaat. Foto: The Star

ADUN Bingkor daripada parti Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik, disahkan positif Covid-19.

Menurut Setiausaha Agung STAR Sabah, Datuk Guandee Kohoi, Tawik dimasukkan ke Hospital Keningau pada Jumaat (semalam).

"Dia disahkan positif pada Jumaat dan segera dimasukkan ke hospital.

"Tawik baik-baik saja dan semangatnya tinggi," kata Guandee pada Sabtu.

Tawik adalah Adun Sabah yang kedua mendapat jangkitan virus berkenaan selepas Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Jeffrey kini masih menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu sejak minggu lalu.

Jeffrey, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri, dijangka dibenarkan keluar hospital awal minggu depan, kata Guandee.

Difahamkan, Tawik dan Jeffrey berkemungkinan mendapat jangkitan virus itu semasa perhimpunan beberapa anggota parti diadakan di Keningau awal bulan ini. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain