suria

5 lagi korban Covid-19, Malaysia rekodkan 2,451 jangkitan terbaharu... 177 di ICU

Malaysia merekodkan 2,451 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu. Foto: Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,451 kes baharu, menjadikan keseluruhan 133,559 kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 26,185 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 2,451 kes baharu yang telah dilaporkan, 2,446 merupakan kes tempatan dan baki lima kes merupakan jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi! 16 korban Covid-19, Malaysia rekodkan 2,643 jangkitan baharu... 170 di ICU

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada Sabtu dengan 564 kes. Ini diikuti oleh Sabah (409), Negeri Sembilan (351) dan Johor (302).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 542 kes.

"Sehingga kini, terdapat 177 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan.

Pada hari ini, 1,401 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 106,832 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Berikut ringkasan kes kematian pada Sabtu:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain