suria

Paling tinggi! 16 korban Covid-19, Malaysia rekodkan 2,643 jangkitan baharu... 170 di ICU

Malaysia merekodkan 2,643 jangkitan Covid-19 pada Jumaat. Foto: Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,643 kes baharu, menjadikan keseluruhan 131,108 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 25,140 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 2,643 kes baharu yang telah dilaporkan, 2,641 merupakan kes tempatan dan baki dua kes merupakan jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 makin mengganas, Malaysia catat 3,027 kes terbaharu... 8 lagi kematian

Pada Jumaat, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,086 kes. Ini diikuti oleh Sabah (401), Johor (298) dan Kuala Lumpur (282).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan 16 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 537 kes.

"Sehingga kini, terdapat 170 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan.

Pada hari ini, 2,708 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 105,431 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, 16 korban Covid-19

Artikel Lain