suria

Covid-19 makin mengganas, Malaysia catat 3,027 kes terbaharu... 8 lagi kematian

Malaysia merekodkan 3,027 kes positif Covid-19 pada Khamis.Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,027 kes baharu, menjadikan keseluruhan 128,465 kes setakat Khamis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 3,027 kes baharu yang telah dilaporkan, 3,021 merupakan kes tempatan dan selebihnya merupakan jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod harian tertinggi, Malaysia catat 2,593 kes Covid-19... 4 lagi kematian

Johor merekodkan kes harian tertinggi 1,103 kes diikuti Selangor (706), Sabah (493), Kuala Lumpur (316) dan Pulau Pinang (111).

Menurut Dr Noor Hisham, lapan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 521 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 521 kes," ujarnya.

Ia melibatkan kematian tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara.

Sehingga hari ini, 2,145 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 102,723 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 142 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain