suria

Adakah penguatkuasaan undang-undang Penyata Modal perlu di Malaysia?

Undang-undang yang bersesuaian memastikan pengiraan cukai yang lebih tepat.

APABILA bercakap mengenai cukai dan hal percukaian, ia sering kali menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat.

Namun, kita seharusnya menyedari bahawa kutipan cukai bukan sekadar satu tindakan kerajaan melalui perundangan untuk merancang perbelanjaan bagi pentadbiran, yang dibiayai oleh peningkatan cukai Unit Perancang Ekonomi dan individu.

Jom kita ikuti penerangan Ketua Jabatan Ekonomi dan Kewangan dari Sunway University Business School, Prof Mohamed Ariff Syed Mohamed, antaranya mengenai isu cukai terkurang lapor.

Beliau berkata, ia sebenarnya merupakan urusan yang jauh lebih kompleks, kerana pembayar cukai mempunyai hak dalam undang-undang bagi memastikan keadilan dalam kutipan cukai mereka.

Cukai terkurang lapor

Berikutan itu analisis Penyata Modal ialah kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa cukai untuk mencari bukti jika terdapat cukai yang terkurang lapor. Apabila menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan, tindakan pertama yang dilakukan oleh pihak berkuasa cukai ialah memastikan tiada kes jumlah cukai yang terkurang lapor. Jika ada, proses menganalisis penyata modal dilakukan dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Harus diingatkan bahawa cukai terkurang lapor merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang cukai. Proses tersebut akan mengumpul bukti (atau terkurang bukti) untuk diambil tindakan lanjut oleh pihak berkuasa cukai untuk mendapatkan kembali jumlah cukai yang sepatutnya dilaporkan jika terbukti cukai terkurang lapor.

Pihak berkuasa boleh memujuk, dan sekiranya ia tidak berhasil, maka ia perlu dibawa ke mahkamah untuk memutuskan kes tersebut. Mahkamah memerlukan bukti yang sah berdasarkan analisis penyata modal untuk mensabitkan pihak tersebut bersalah atas kesalahan cukai.

"Analisis penyata modal merupakan cara untuk mengumpul bukti tersebut. Ia telah digunakan oleh pihak berkuasa cukai sebagai teknik untuk mengesan dan menyelesaikan penipuan cukai, meskipun tiada undang-undang yang membenarkan pihak berkuasa cukai untuk menggunakan proses tersebut," jelasnya.

Dalam masyarakat yang mana pembayar cukainya mengetahui tentang hak mereka, penggunaan kaedah formal yang disahkan oleh undang-undang setelah diluluskan oleh Parlimen adalah untuk memastikan proses tersebut dilakukan secara adil.

Sebagai contoh, Australia mengguna pakai proses Asset Betterment untuk mengenal pasti jumlah cukai terkurang lapor. Prof Mohamed Ariff berkata, terdapat beberapa kes yang mendapat publisiti secara meluas oleh Pentadbir Cukai Australia (ATO) yang mendakwa kedua-dua individu dan pemilik syarikat yang menggunakan kaedah yang disahkan mengikut undang-undang. Beliau berkata,"Pengulas amalan cukai di Australia menyatakan bahawa analisis Asset Betterment tidak bersesuaian sebagai instrumen terhadap pembayar cukai, meskipun ia digunakan dalam kes mahkamah. Beliau menambah,"Pembayar cukai yang jumlah cukai terkurang lapor, ATO dapat mengenal pasti dengan mudah melalui pengaksesan ke akaun bank mereka, sekiranya mereka adalah individu."

Namun, terdapat kaedah analisis nisbah kewangan lain yang digunakan oleh pasukan penyiasat untuk meneliti sekiranya terdapat beberapa corak berulang dalam satu atau lebih nisbah kewangan bagi mengenal pasti bukti cukai terkurang lapor. Menerusi kaedah ini, beliau berkata, ia menggunakan data penyata kewangan standard untuk mengesan semula pendapatan syarikat bagi mengira jumlah cukai yang sebenar.



Prof Mohamed Ariff Syed Mohamed.

Dalam satu kajian tersebut berkaitan Malaysia, terdapat enam jenis nisbah kewangan yang berguna bagi mengenal pasti kemungkinan terdapat penipuan cukai.

Menurut Prof Mohamed Ariff, kaedah umum itu dikembangkan menggunakan alat analitik data raya kewangan, yang dapat mengenal pasti cukai terkurang lapor yang perlu dibayar, pada kos yang rendah.

Beliau turut menyatakan bahawa tidak ada undang-undang yang mengiktiraf mana-mana kaedah tertentu sebagai kaedah yang diterima pakai oleh semua yang sepatutnya digunakan oleh pihak berkuasa cukai dan pembayar cukai berpuas hati bahawa proses tersebut telus bagi meraih keyakinan masyarakat.

"Nisbah tersebut menggunakan: jualan; hutang; keuntungan sebelum cukai; cukai ke atas keuntungan; inventori dan akaun belum terima. Sekiranya pihak berkuasa cukai menggunakan analisis nisbah ini sebagai alat untuk mengenal pasti potensi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang terkurang lapor, tugas itu dapat dilakukan oleh analisis data raya dengan mudah dan kos yang sangat rendah.

"Kajian di negara-negara maju menunjukkan lebih 50 peratus penyata terkurang lapor dalam pemfailan cukai disebabkan pembayar cukai menggunakan hanya dua jenis nisbah iaitu nisbah jualan dan penerimaan akaun. Justeru, penggunaan dua jenis nisbah kewangan ini dapat membantu mengenal pasti majoriti kes penipuan," kata beliau.

Dalam konteks Malaysia

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berjaya mengutip cukai langsung sebanyak RM145.11 bilion pada 2019. Tetapi belum ada kajian dilakukan berapa banyak daripada kutipan cukai ini yang mengalami kerugian akibat daripada penipuan cukai yang berlaku selama bertahun-tahun dan berapa kos untuk mendapatkan semula jumlah sebenar cukai yang perlu dibayar.

Sehubungan itu beliau berkata, ia meletakkan peredam kepada keperluan undang-undang baharu, walaupun penggubalan undang-undang perlu diputuskan oleh ahli politik.

Namun katanya, beberapa fakta harus dinyatakan mengenai percukaian untuk perbahasan yang rasional mengenai persoalan ini sekiranya kaedah tertentu perlu mempunyai kuasa menggubal/ perundangan.

Di Malaysia terdapat tiga kumpulan pembayar cukai, yang terdiri daripada individu, syarikat dan syarikat milik asing.

Individu memfailkan penyata cukai pendapatan kepada LHDNM yang mengutip cukai pendapatan individu dengan kadar margin hingga 28 peratus, iaitu 18 peratus daripada jumlah kutipan cukai.

Kumpulan kedua merupakan syarikat yang membayar cukai pendapatan korporat pada kadar tetap 24 peratus daripada pendapatan, di mana ia mencatatkan 48 peratus daripada jumlah kutipan cukai pada 2019. Bagi syarikat dengan modal kurang daripada RM250,000 dan pendapatan kurang daripada RM600,000 dalam tahun taksiran, mereka nikmati pengurangan kadar cukai 17 peratus daripada pendapatan mereka, manakala syarikat milik asing dengan bayaran kadar tetap 24 peratus.

Kumpulan ketiga pula merupakan syarikat milik asing yang sebelum ini menikmati pengecualian cukai, berbalik membayar cukai, dengan kadar yang ditetapkan 24 peratus.



Malaysia mempunyai beban cukai lebih tinggi daripada 120 negara membangun.

Walaupun syarikat-syarikat yang dianggap sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hanya menyumbangkan sebahagian kecil dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), syarikat-syarikat ini yang menikmati kadar cukai yang lebih rendah merupakan tulang belakang negara untuk mencipta pekerjaan, memperkenalkan kemahiran dalam proses pengeluaran yang membantu meningkatkan produktiviti.

Beliau berkata, syarikat-syarikat seperti ini dikatakan mempunyai cukai yang terkurang lapor berikutan ia tidak menyimpan rekod dengan teratur. Individu membayar cukai jualan dan syarikat-syarikat membayar duti eksais. Sebenarnya, penipuan cukai boleh dilakukan oleh salah satu daripada ketiga-tiga kumpulan tersebut.

"Ini kerana cukai kurang lapor jauh lebih serius berlaku dalam kalangan kes membabitkan syarikat dengan nisbah hampir 1:1 dalam dolar daripada jumlah cukai dan juga terdapat lebih banyak kes penipuan yang dilakukan oleh syarikat berbanding individu dalam konteks Malaysia.

"Penggunaan utama kaedah kreatif bagi mengesan cukai terkurang lapor ialah untuk menangani penipuan daripada kumpulan ini

"Benar, penyata cukai individu juga boleh dipalsukan dan lebih mudah untuk mengesan penipuan tersebut dengan meneliti aliran tunai dalam akaun bank. Australia menggunakan undang-undang yang mengizinkan pihak berkuasa cukai untuk menyemak akaun bank," katanya.

Mengenai keperluan undang-undang dalam menangani isu penipuan cukai, Prof Mohamed Ariff berkata, ia merupakan keputusan politik dan ekonomi kerajaan yang memerintah.

Sejarah cukai negara telah dianalisis dan terdapat maklumat yang sah di perpustakaan awam serta data kerajaan. Ekonomi pada 2019 mencatatkan KDNK sebanyak RM1.13 trilion, bermakna beban cukai dalam KDNK adalah kira-kira 18 sen dalam satu dolar. Bagi negara dengan pendapatan per kapita kira-kira AS$9,800 (RM39,704), beban cukai ini hampir 20 peratus jauh lebih tinggi daripada di kebanyakan negara membangun di dunia.

Australia, memerlukan lebih banyak hasil, mempunyai beban cukai 26 peratus, sementara negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mempunyai purata antara 26 -30 peratus dengan per kapita yang lebih besar.

Jika dibandingkan, Malaysia sebagai negara sedang membangun yang lebih kecil, mempunyai beban cukai yang jauh lebih tinggi daripada 120 negara membangun, sementara beban cukai di negara-negara sedang membangun lain hampir kepada 12 peratus.

"Beberapa pengulas komen beban cukai telah meningkat begitu tinggi dalam tempoh lima hingga tujuh inflasi dan pertumbuhan perlahan dalam pendapatan upah, yang juga dibuktikan dengan inflasi aset di Malaysia, di mana kedua-duanya menyebabkan kemampuan pengguna menurun sejak lebih 10 tahun. Ini mendorong kepada kempen literasi kewangan bagi membendung isu hutang pada 2019," kata Prof Mohamed Ariff.

Apakah yang dimaksudkan dengan kes penipuan cukai? Pertama sekali, Prof Mohamed Ariff menjelaskan bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji dengan teliti terhadap kes penipuan cukai dengan segera sebelum membincangkan mengenai undang-undang yang perlu digubal.

"Terdapat keperluan untuk data mengenai kelaziman penipuan cukai, dari segi berapa banyak kerugian hasil yang hilang akibat penipuan cukai dan kos tindakan pemulihan. Orang ramai tidak berpihak kepada mana-mana kerangka undang-undang agar pembayar cukai lebih patuh sehingga kajian seperti ini dilakukan.

"Sekiranya memang terdapat kerugian yang signifikan dalam kutipan cukai, maka perkara ini perlu dibincangkan secara terbuka, dengan perbahasan berdasarkan bukti kukuh mengenai perlunya undang-undang untuk meningkatkan pemulihan kepada kerugian hasil menerusi perundangan untuk memutuskan bahawa cukai terkurang lapor sebagai kesalahan yang serius.

"Pertumbuhan ekonomi jangka panjang dianggarkan antara 4.2 peratus hingga 4.8 peratus sebagai jangkaan konsensus. Ada pendapat mengatakan bahawa pada kadar pertumbuhan ini (jika tindakan mengekang penurunan nilai ringgit dilakukan), pendapatan cukai akan terus meningkat pada kadar yang hampir sama dalam waktu terdekat.

"Oleh itu, mengawal kerugian hasil merupakan pendekatan yang harus dilakukan untuk meningkatkan jumlah cukai, lebih-lebih lagi jika undang-undang digubal untuk menetapkan peraturan yang lebih ketat mengenai jumlah cukai yang terkurang lapor dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan. Keputusan tersebut memerlukan data yang sah dan perdebatan awam agar pembayar cukai menerima kewajarannya," kata Prof Mohamed Ariff.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain