suria

Kes positif Covid-19 bertaburan, sub mukim Ipoh mula PKPB esok

Atas nasihat KKM, lerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di kawasan itu. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

PERKEMBANGAN terbaharu Covid-19 menyaksikan sub mukim Ipoh, Perak dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok sehingga 20 Januari ini.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

"Terdapat 106 kes positif Covid-19 secara bertaburan dalam sub mukim Ipoh dan daripada jumlah itu sebanyak 89 kes adalah jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari.

"Terdapat kluster yang masih aktif membabitkan kawasan kilang yang bertumpu dalam beberapa kawasan perindustrian di sub mukim ini yang berisiko kepada penularan jangkitan Covid-19," ujarnya.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di kawasan itu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

KKM, Covid-19, PKPB Ipoh, Ismail Sabri

Artikel Lain