suria

Rekod harian tertinggi, Malaysia catat 2,593 kes Covid-19... 4 lagi kematian

Malaysia merekodkan 2,593 kes positif Covid-19 pada Rabu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,593 kes baharu, menjadikan keseluruhan 125,438 kes setakat Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes baharu 2,593 hari ini adalah tertinggi pernah dilaporkan.

Daripada 2,593 kes baharu yang telah dilaporkan, 2,589 merupakan kes tempatan dan selebihnya merupakan jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia rekod 2,027 jangkitan baharu, lapan lagi korban

Selangor merekodkan kes harian tertinggi 965 kes diikuti Johor (571), Sabah (405), Kuala Lumpur (265) dan Negeri Sembilan (125).

Menurut Dr Noor Hisham, empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 513 kes kematian.

Perincian kematian hari ini.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 513 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 1,129 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 100,578 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 141 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain