suria

Covid-19: Malaysia rekod 2,027 jangkitan baharu, lapan lagi korban

Malaysia merekodkan 2,027 kes baharu Covid-19 pada Selasa. Foto: Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,027 kes baharu, menjadikan keseluruhan 122,845 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 22,887 kes.

Daripada 2,027 kes baharu yang telah dilaporkan, 2,011 merupakan penularan tempatan manakala baki 16 kes merupakan kes import.

Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes diikuti Johor (428) dan Sabah (383).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysai catat 1,741 kes baharu pada Isnin, 7 lagi korban

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lapan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 508 kes.

Pada hari ini, 1,221 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 99,449 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

"Sehingga kini terdapat 123 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 52 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa petang.

Berikut ringkasan kes kematian pada Selasa:



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain