suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno sangkal laporan konon Zahid arah ahli Parlimen tinggalkan PN

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO menyangkal laporan berita yang mendakwa presidennya mengarahkan semua ahli parlimen parti itu untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Februari.

Parti itu menjelaskan bahawa berita mengenai arahan yang didakwa daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu adalah palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha Agung BN Annuar Musa dipecat

"Ibu pejabat Umno menyangkal berita yang disebarkan baru-baru ini," demikian kenyataan ringkas yang dihantar pada Selasa.

Terdahulu, portal berita Suara.Tv melaporkan bahawa Ahmad Zahid mengarahkan semua ahli parlimen Umno untuk meninggalkan kerajaan PN sebelum Februari bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa mengeluarkan arahan berkenaan sewaktu perjumpaan bersama ketua bahagian Umno di ibu pejabat parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra. - THE STAR

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia