suria

Covid-19: Malaysai catat 1,741 kes baharu pada Isnin, 7 lagi korban

Malaysia merekodkan 1,741 kes positif Covid-19 pada Isnin. Foto: S.S.KANESAN.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,741 kes baharu, menjadikan keseluruhan 120,818 kes setakat Isnin.

Daripada 1,741 kes baharu yang telah dilaporkan, 1,733 merupakan penularan tempatan manakala baki lapan kes merupakan kes import.

Selangor merekodkan 687 kes baharu diikuti Sabah (303), Johor (295), Kuala Lumpur (150), Negeri Sembilan (56) dan Pulau Pinang (55).

ARTIKEL BERKAITAN: 11 lagi korban Covid-19, Malaysia catat 1,704 kes pada Ahad

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 501 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 501 kes," ujarnya pada Isnin petang.

Sehingga hari ini, 1,110 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 98,228 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 122 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain