suria

11 lagi korban Covid-19, Malaysia catat 1,704 kes pada Ahad

Daripada 1,704 kes baharu yang telah dilaporkan, 1,699 merupakan penularan tempatan. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,704 kes baharu, menjadikan keseluruhan 119,077 kes setakat Ahad.

Daripada 1,704 kes baharu yang telah dilaporkan, 1,699 merupakan penularan tempatan manakala baki lima kes merupakan kes import.

Selangor merekodkan 673 kes baharu diikuti Sabah (316), Johor (179), Kuala Lumpur (112), dan Pulau Pinang (103).

ARTIKEL BERKAITAN: KKM jangka lonjakan kes Covid-19 susulan langkah wajibkan pekerja asing jalani ujian saringan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 11 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 494 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 494 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Ia melibatkan kematian 10 warga tempatan dan seorang bukan warganegara.

Sehingga hari ini, 2,726 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 97,218 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 124 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain