suria

Budak 5 tahun maut dipercayai didera

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui mati dipercayai akibat didera. -gambar hiasan

POLIS menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, laporan mengenai kematian tersebut dibuat pada Sabtu, kira-kira pukul 2.45 petang.

"Ketika polis tiba di tempat kejadian di Jalan Ipoh, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring lengkap berpakaian di atas katil.

"Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kesan calar dan lebam pada beberapa bahagian badan dan kaki," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Eng Lai berkata, tiga suspek berusia antara 22 dan 61 tahun, ditahan untuk siasatan lanjut.

"Ketiga-tiga suspek merupakan pengasuh dan anak pengasuh," kata beliau. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain