suria

Selangor rekod kes harian tertinggi, Malaysia catat 2,295 jangkitan baharu... 9 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 2,295 kes baharu Covid-19 pada Sabtu. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN mengenai penularan kes Covid-19 menyaksikan Malaysia merekodkan 2,295 kes baharu pada Sabtu, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 117,373 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 22,398 kes.

Daripada 2,295 kes baharu yang telah dilaporkan, sembilan merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 2,286 kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga korban baharu, Malaysia rekod 2,068 kes positif Covid-19 pada hari pertama 2021

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi pada Sabtu iaitu sebanyak 638 kes, diikuti oleh Johor sebanyak 580 kes dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan sembilan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 483 kes.

"Sehingga kini, terdapat 125 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Pada hari ini, bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 3,321 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 94,492 kes.

Berikut ringkasan kes kematian pada Sabtu:



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain