suria

9 termasuk bayi 4 bulan maut kenderaan terjunam sungai Batang Lupar ketika mahu hantar ahli keluarga ke sekolah tahfiz

Mayat mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan daripada kenderaan yang terjunam ke dalam sungai. Foto: Bernama

SEORANG bayi lelaki berusia empat bulan merupakan antara sembilan sekeluarga yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti Feri Triso, petang Jumaat.

Sembilan sekeluarga itu yang terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan yang dipercayai berasal dari Kapit, Sarawak, sedang dalam perjalanan untuk menghantar salah seorang anak mereka ke sekolah tahfiz di Kuching.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, tragedi itu berlaku kira-kira pukul 3.15 petang dan sempat dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Video itu kemudian tular di media sosial.

"Video berdurasi tujuh minit itu memaparkan orang awam melompat ke dalam sungai untuk menarik keluar mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.

"Mereka juga melakukan bantuan pernafasan terhadap mangsa," katanya.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dan BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi untuk membantu. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain