suria

Harga RON95, RON97 naik 4 sen, diesel naik 3 sen

Harga runcit bagi petrol dan diesel naik berkuatkuasa tengah malam ini.

BERKUAT kuasa tengah malam ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel pula naik tiga sen seliter.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga runcit petrol, diesel naik 2 sen

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.84 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.

"Harga runcit diesel naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 2 Januari sehingga 8 Januari 2021 itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain