suria

Harga runcit petrol, diesel naik 2 sen

Harga semua produk petroleum naik sebanyak 2 sen. Foto: Bernama

BERKUAT kuasa tengah malam ini, harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik sebanyak dua sen.

"Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM2.10 seliter, manakala RON95 naik daripada RM1.78 seliter kepada RM1.80 seliter.

"Bagi harga runcit diesel pula naik daripada RM1.96 seliter kepada RM1.98 seliter," demikian menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 26 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021 itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain