suria

Salam takziah... bekas Speaker Dun Johor, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia

Allahyarham Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia akibat sakit tua. Foto: Sinar Harian

BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia pada Khamis malam.

Menurut anak Allahyarham, Yusof Mohamad Aziz, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.10 malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat sakit tua. Allahyarham berusia 80 tahun.

"Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Tan Sri Mohamad Aziz baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Sultan Ismail, JB.

"Jenazah akan dibawa ke rumah Nong Chik, Johor Bahru. Jenazah akan di kebumikan esok Jumaat," katanya menerusi satu kiriman WhatsApp.

Allahyarham menyandang kerusi Parlimen Sri Gading selama tiga penggal bermula 1999 hingga 2013.

Allahyarham juga merupakan bekas Timbalan Pengerusi Tetap Umno. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain