suria

Melepasi angka 100,000... Malaysia rekodkan 1,581 kes terbaharu, remaja 15 tahun antara 2 korban Covid-19

Malaysia merekodkan 1,581 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,581 kes baharu, menjadikan keseluruhan 100,318 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 18,773 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 491 kes diikuti Kuala Lumpur 379 kes dan Sabah, 249 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kekal rekod jangkitan harian tertinggi, Malaysia catat 1,348 kes Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,581 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 446 kes," katanya dalam satu kenyataan meda petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 1,085 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 81,099 kes.

"Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kluster baharu dikesan pada Khamis.

Berikut ringkasan kes kematian pada Khamis:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain