suria

Selangor kekal rekod jangkitan harian tertinggi, Malaysia catat 1,348 kes Covid-19

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,348 kes baharu, menjadikan keseluruhan 98,737 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 18,279 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Rabu melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 535 kes. diikuti Kuala Lumpur, 226 kes dan Sabah, 189 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kekal rekod jangkitan harian tertinggi, Malaysia catat 2,062 kes Covid-19

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,348 kes baharu yang dilaporkan, terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 444 kes," katanya pada sidang media, petang Rabu.



Kes kematian dicatatkan pada 23 Disember 2020.

Beliau berkata, sebanyak 710 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 80,014 kes.

"Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lima kluster baharu dikesan pada Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain