suria

Setiap kita ada wira dalam hati... Apa lagi, berikan mereka kejutan dan calonkan menerusi kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes

Kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes dicetuskan oleh Sime Darby Property Berhad bagi memberi penghormatan dan penghargaan terhadap individu istimewa yang layak diangkat sebagai wira.

LEBIH kurang seminggu sebelum tarikh tutup pencalonan pada 31 Disember ini, kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes menerima sambutan dan sokongan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai.

Kempen yang dianjurkan oleh pemaju hartanah terkemuka, Sime Darby Property Berhad ini bertujuan untuk memberi penghormatan dan penghargaan terhadap individu istimewa yang layak diangkat sebagai wira di atas pengorbanan dan sumbangan mereka ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Pelbagai kisah inspirasi masyarakat telah diterima sejak kempen ini mula dilancarkan seminggu yang lalu.

Buktinya, lihat saja platform digital karya bersama (co-creation), dtoIDEAS, di mana banyak kisah penuh inspirasi dikongsikan di halaman ini.

Ada yang mencalonkan ahli keluarga, rakan-rakan mahupun pemimpin masyarakat untuk diangkat sebagai wira.

Siapa pun diri mereka, sudah pasti sumbangan budi dan bakti wira-wira ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan kepada mereka yang menerima dan memerlukan keprihatinan sebegini.

Jika tidak, mana mungkin mereka ini mahu dihargai seterusnya diangkat sebagai wira oleh orang lain?

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Gerard Yuen, turut melahirkan rasa gembira dan teruja dengan sambutan yang diterima menerusi kempen ini.

"Kami gembira melihat sambutan daripada orang ramai. Kami juga tersentuh hati membaca kisah-kisah inspirasi yang dikongsikan untuk mencalonkan pemimpin masyarakat, ahli keluarga, rakan dan keluarga.

"Secara peribadinya, saya gemar membaca kisah-kisah yang menceritakan pengorbanan dan sumbangan yang telah dilakukan oleh wira mereka. Kisah ini memberi aspirasi dan semangat untuk mereka berbakti kepada masyarakat yang terkesan akibat penularan pandemik ini

"Kami benar-benar berharap dapat melihat lebih banyak kisah wira disorot di platform digital karya bersama (co-creation) kami, dtoIDEAS.

"Hantar kisah wira anda sebelum 31 Disember dan mereka akan berpeluang menikmati malam yang penuh gilang gemilang di Kuala Lumpur Golf and Country Club Resort (KLGCC). Calonkan wira anda hari ini!" katanya.



Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Gerard Yuen teruja dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada orang ramai.

Kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes tercetus susulan kejayaan Spotlight 8 Tahun 2020, satu kempen jualan dalam talian (online) selama 13 minggu yang berjaya meraih jualan bernilai RM1.5 bilion berbanding RM1.1 bilion pada 2019.

Siri kempen #BERSAMA dimulakan dengan #BERSAMA Let’s Say Terima Kasih pada April lalu ketika penularan wabak Covid-19 berada di kemuncak pertama, di mana rakyat Malaysia di seluruh negara menyampaikan ucapan penghargaan mereka kepada para barisan hadapan (frontliners).

Disebabkan sambutan yang diterima begitu menggalakkan, kempen ini diteruskan pula dengan #BERSAMA Beraya Di Rumah pada Mei - perayaan secara maya yang dipenuhi dengan aktiviti bertemakan sambutan Hari Raya untuk berkongsi keceriaan di kala perayaan norma baharu.

Kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes akan meraikan 18 wira terpilih di majlis gilang gemilang pada Januari 2021 di Kuala Lumpur Golf and Country Club Resort (KLGCC).

Wira yang bertuah akan menerima kejutan istimewa daripada Sime Darby Property.

Lawati dtoideas.com dan klik #BERSAMA2.0 Spotlight on Heroes, kemudian klik 'HANTAR' untuk mencalonkan wira anda dan kisah inspirasi mereka akan disiarkan di halaman depan.

Jadi apa tunggu lagi, ayuh calonkan wira anda sebelum 31 Disember ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain