suria

Selangor kekal rekod jangkitan harian tertinggi, Malaysia catat 2,062 kes Covid-19

Malaysia merekodkan 2,062 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa. Foto: Bernama

SEBANYAK 2,062 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan 97,389 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 17,646 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah sebanyak 2,058 kes.

Selangor kekal mencatat jumlah kes harian tertinggi iaitu 1,014, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (504) dan Sabah (252).

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan Covid-19 rekod 2,018 kes pada Isnin, Selangor catat jumlah pesakit positif paling tinggi

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan satu kes kematian pada Selasa, menjadikan keseluruhan 439 kematian setakat ini.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 439 kes," ujarnya menerusi kenyataan pada petang Selasa.

Kes kematian ke-439 melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 69 tahun, dengan latar belakang penyakit strok yang meninggal dunia di Labuan, di mana mayat kemudian dibawa ke Hospital Tuaran.

Sehingga hari ini, 911 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 79,304 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 111 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain