suria

Mutasi baharu Covid-19 di Sabah... KKM pantau impak, kadar kebolehjangkitan

Dr Noor Hisham mengulas mengenai mutasi baharu Covid-19 yang dikenal pasti di Sabah. foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

KEMENTERIAN Kesihatan mengenal pasti strain virus baharu Covid-19 di negara ini, berdasarkan sampel yang diambil di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, masih belum diketahui sama ada strain tersebut iaitu mutasi 'A701B' mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.

"Kita mengesan mutasi ini berdasarkan 60 sampel yang diambil dari pesakit Covid-19 dalam kluster Benteng Lahad Datu di Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia pastikan vaksin Pfizer berkesan terhadap mutasi baharu Covid-19

"Tetapi kita masih tak pasti sama ada impak klinikal seperti berapa kadar kebolehjangkitan itu tinggi atau keganasan virus (dalam mutasi itu).

"Ia dilaporkan di beberapa negara antaranya Afrika Selatan, Australia, Belanda dan Singapura.

"Virus Covid-19 ini sentiasa bermutasi cuma kita perlu tahu apa impak kesihatan daripada mutasi itu," katanya pada sidang media, Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebelum ini dikenal pasti mutasi D614G di Kedah yang melibatkan Kluster Sivagangga pada Ogos lalu serta di negeri Johor dan Sabah.

"Mutasi D614G ini mempunyai kebolehjangkitan10 kali (menjangkiti individu lain)," katannya.

Mengenai mutasi Covid-19 yang terdapat di United Kingdom yang dikatakan mempunyai kebolehjangkitan tinggi, beliau berkata, kementerian masih memantau keadaan tersebut. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain