suria

Menteri Agama ingatkan pendakwah selebriti jangan lagi terpalit isu cabul - “Tolonglah jaga, termasuk diri saya...”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

PENDAKWAH agama khususnya yang berstatus selebriti diingatkan agar tidak lagi terpalit dengan kontroveri melibatkan dakwaan pencabulan.

Peringatan itu disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu majlis tausiyah bersama pendakwah selebriti di Sepang, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit kontroversi, Jakim mahu bertemu pendakwah selebriti

"Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya tak mahu dengar pencabulan. Nikah dua, nikah tiga, nikah empat tak mengapa," ujarnya berseloroh.

"Tapi cabul ini, Allah.... nak ulang perkataan itu pun tak sedap bunyinya," kata Dr Zulkifli pada majlis berkenaan.

Pertemuan tersebut dibuat susulan isu membabitkan pendakwah selebriti yang terpalit dengan kontroversi, baru-baru ini.

Peserta program realiti TV, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da'i Syed yang didakwa dengan tiga pertuduhan membabitkan jenayah seksual iaitu melakukan persetubuhan luar tabii, rogol dan cabul.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan berkenaan.

Mahkamah menetapkan tarikh 19 Februari depan untuk sebutan semula kes. - SINAR HARIAN



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain