suria

Korban Covid-19 bertambah 3 lagi, Malaysia rekodkan 1,247 kes baharu... Selangor kekal dahului jangkitan harian tertinggi

Malaysia merekodkan 1,247 kes positif Covid-19 pada Jumaat. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,247 kes baharu, menjadikan keseluruhan 101,565 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 18,576 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 461 kes diikuti Sabah (225 kes) dan Johor (205 kes).

ARTIKEL BERKAITAN: Melepasi angka 100,000... Malaysia rekodkan 1,581 kes terbaharu, remaja 15 tahun antara 2 korban Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,247 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian dilaporkan pada Jumaat.

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 449 kes," katanya dalam satu kenyataan media petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 1,441 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 82,540 kes.

"Sehingga kini, terdapat 108 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kluster baharu dikesan pada Jumaat.

Berikut ringkasan kes kematian pada Jumaat:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Lain