suria

Tiga korban baharu, Malaysia rekod 2,068 kes positif Covid-19 pada hari pertama 2021

Malaysia merekodkan 2,068 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN mengenai penularan kes Covid-19 menyaksikan Malaysia merekodkan 2,068 kes baharu pada Jumaat, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 115,078 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 23,433 kes.

Daripada 2,068 kes baharu yang telah dilaporkan, dua merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 2,066 kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod tertinggi... 2,525 kes di hari terakhir 2020, korban Covid-19 bertambah 8 lagi

Pada Jumaat, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 776 kes, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 457 kes dan Sabah sebanyak 254 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 474 kes.

"Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Pada hari ini, bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 2,230 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 91,171 kes.

Berikut adalah ringkasan kes kematian pada Jumaat:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, hari pertama 2021

Artikel Lain