suria

2 cedera, helikopter terhempas di Pelabuhan Klang

Mangsa berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans West Port.

TIRAI tahun 2021 dibuka dengan berita yang mengejutkan kita apabila sebuah helikopter mendarat cemas dan terhempas di kawasan lapang di Jalan PKFZ West Port Pulau Indah, Pelabuhan Klang kira-kira jam 10 pagi Jumaat.

Dalam kejadian melibatkan helikopter persendirian jenis Robinson R66 Turbsine itu, dia individu dilaporkan cedera.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa nahas helikopter minta tolong ‘bubuh warna’ pada foto hitam putih... netizen tunai permintaan! - “Arwah baru post ni semalam”

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 10 pagi.

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera itu dikenali sebagai Khairudin Dahlan, 73, (juruterbang) dan Moithu Kutti Mohamad berusia 53 tahun.

"Kejadian melibatkan helikopter dua tempat duduk yang telah mendarat cemas dan terhempas di kawasan lapang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norazam berkata, tiada sebarang insiden kebakaran berlaku melibatkan helikopter berkenaan susulan kejadian tersebut.

Tambahnya, mangsa turut berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans West Port. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain