suria

Mangsa nahas helikopter minta tolong ‘bubuh warna’ pada foto hitam putih... netizen tunai permintaan! - “Arwah baru post ni semalam”

Mohd Irfan dan seorang lagi individu terkorban dalam kejadian pada Ahad tengah hari.

AKTIF di laman Facebook seperti biasa pada Sabtu, namun siapa sangka dia pergi menghadap Ilahi pada hari ini.

Begitulah kisah salah seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas dekat Taman Melawati

Semakan mStar di media sosial mendapati posting yang dibuat salah seorang mangsa yang terkorban, Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, menerusi Facebook Irfan F.Rawi pada Sabtu mula mendapat perhatian netizen.

Menerusi postingnya dalam grup Malaysiaku Dulu-Dulu Official, Mohd Irfan memuat naik sekeping foto klasik berwarna hitam putih yang memaparkan sekumpulan pelajar lelaki.

Posting Facebook yang mula tular.

"Nak minta tolong buh (bubuh) kaler (warna), boleh tak? Terima kasih," ujarnya ringkas pada kapsyen foto tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan secara terperinci maklumat berkaitan foto berkenaan dan siapa yang berada dalam kalangan pelajar menerusi gambar itu.

Semakan mendapati netizen mula membanjiri posting itu dengan ucapan takziah selepas berita mengenai kematiannya dilaporkan, tengah hari Ahad.

Malah. permintaan supaya gambar itu diletakkan warna turut ditunaikan oleh salah seorang netizen.

Seorang netizen membantu Irfan 'mewarnakan' foto hitam putih seperti yang diminta.

"Salam takziah buat keluarga Tuan Irfan. Baru dengar berita helikopternya terhempas.

"Salam takziah kepada keluarga Tuan Irfan di atas pemergianya sebentar tadi.

Nak minta tolong buh kaler, boleh tak? Terima kasih.

ALLAHYARHAM MOHD IRFAN MOHAMED RAWI

"Arwah baru post ni (gambar) semalam," tulis beberapa netizen.

Menerusi pernyataan diri di laman Facebook miliknya, mangsa merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IR Technic Sdn Bhd dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Posting Mohd Irfan pada Sabtu, sehari sebelum kejadian helikopter terhempas mula mendapat perhatian netizen.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak mengesahkan dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan dan Mohd Sabri Baharom.

Dua mangsa yang terselamat pula adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain