suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter terhempas dekat Taman Melawati

Kejadian berlaku di Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari. Foto: Twitter: @mhilmiismail

SEBUAH helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari, Ahad.

Memetik laporan Awani, kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis.

Foto di lokasi kejadian.

Pihak bomba ketika ini sedang berusaha mengeluarkan mangsa.

Laporan awal menyatakan terdapat empat mangsa, tiga lelaki dan seorang perempuan yang mana dua mangsa lelaki didapati tidak sedarkan diri.

Dua lagi mangsa dilaporkan selamat.

Sementara itu, memetik laporan The Star, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali turut hadir ke lokasi kejadian.

Ujarnya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu sewaktu menghadiri sebuah acara di Bukit Antarabangsa.

"Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat kejadian ini dengan terperinci.

"Kita sama-sama tunggu maklumat seterusnya sementara siasatan dijalankan," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia