suria

Malaysia terus catat kes 4 angka, 1,168 disahkan positif Covid-19... 3 lagi korban di Sabah

KKM umum 1,168 kes baharu pada Sabtu.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 1,168 kes baharu, menjadikan keseluruhan 39,357 kes setakat Sabtu.

Daripada 1,168 kes baharu yang telah dilaporkan, kesemua merupakan penularan tempatan dan tiada kes import yang mendapat jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 makin ganas... Kerajaan umum PKPB selama 4 minggu di seluruh Semenanjung kecuali 3 negeri, akan pertimbang PKPD di Sabah

Sabah terus mencatat jangkitan tertinggi dengan 616 kes diikuti Selangor (247), Labuan (104), Negeri Sembilan (68), Perak (37), Kuala Lumpur (28), Sarawak (25), Pulau Pinang (18), Kedah (15), Terenganu (3) dan Melaka (2).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 282 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 282 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Tambahnya, ketiga-tiga kematian melibatkan dua wanita dan seorang lelaki berlaku di Sabah.

Sehingga hari ini, 1,029 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 27,409 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 87 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain