suria

Peningkatan ketara kes Covid-19 seluruh negara, kerajaan umum lanjut PKPP hingga 31 Mac

PKPP di seluruh negara dilanjutkan sehingga 31 Mac depan.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dilanjutkan sehingga sehingga 31 Mac depan, demikian menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, tindakan itu diambil hasil penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan yang mendapati peningkatan ketara kes Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya terjawab! PKPP dilanjutkan sehingga hujung tahun

"Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara (kecuali Selangor, WP Kuala Lumpur dan Sabah serta lokaliti-lokaliti tertentu yang diletakkan di bawah PKPB atau PKPD) mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

"Perintah ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

PKPP sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020, selepas diumumkan pada 28 Ogos lalu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri dalam masa yang sama memaklumkan bahawa Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir, Muar, Johor dikenakan PKPD mulai 2 hingga 15 Januari 2021.

"PKPD ini akan melibatkan 17 blok bangunan yang menempatkan 1,828 penghuni yang kesemuanya adalah pekerja warga asing.

"Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di Senai, Johor turut dikenakan PKPD mulai 2 hingga 15 Januari 2021," kata Ismail Sabri.

Sementara itu katanya kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Apartment Ria di Jalan Genting, Bentong pada Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain