suria

Akhirnya terjawab! PKPP dilanjutkan sehingga hujung tahun

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan PKPP menerusi siaran langsung, malam Jumaat.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Pengumuman itu dibuat menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada Jumaat malam.

"Walaupun PKPP dilanjutkan, saya yakin kehidupan saudara-saudari tidak akan terjejas kerana aktiviti harian boleh dilaksanakan seperti biasa dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.

"Yang penting ialah saudara-saudari mesti terus membiasakan diri dengan pemakaian pelitup muka, membasuh tangan, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelakkan berada tempat-tempat yang sesak.

"Saya percaya semua ini telah pun saudara-saudari lakukan selama ini sehingga kita berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 di dalam masyarakat kita," ujarnya.

Berita lanjut menyusul...

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain