suria

Berdebar... sambung atau tidak? PM sampaikan perutusan khas PKPP malam ini

Muhyiddin akan membuat perutusan khas, Jumaat malam. Foto Bernama

BERDEBAR, mungkin itu yang dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia menjelang malam ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini (Jumaat).

Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.



Pengumuman mengenai perutusan perdana menteri.

Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
perutusan khas, PM, amanat, PKPP, pengumuman,

Artikel Lain