suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prinsip politik Umno bertentangan dengan pendirian Annuar Musa

Annuar tidak bersetuju dengan usaha berterusan untuk menggoyahkan pemerintahan Perikatan. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

TAN Sri Annuar Musa berkata terdapat beberapa peristiwa dalam Umno yang bertentangan dengan kepercayaan dan prinsip politiknya.

Antaranya termasuklah berhubung sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

ARTIKEL BERKAITAN: Umno sangkal laporan konon Zahid arah ahli Parlimen tinggalkan PN

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional itu berkata, dia juga tidak bersetuju dengan usaha berterusan untuk menggoyahkan pemerintahan Perikatan dan sehingga membelakangi pendirian "Tanpa DAP/ Tanpa Anwar" dalam parti itu.

Malah, dia juga tidak setuju dengan perbincangan bersama DAP untuk mewujudkan barisan politik baharu.

"Lebih baik saya tidak bersekongkol dengan arahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Sekarang saya tidak lagi menjadi setiausaha agung Barisan, saya bebas bertindak mengikut hati nurani saya, ” kata Annuar pada sidang media pada hari Rabu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia