suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skandal kartel daging: 2 pegawai Maqis Johor direman 5 hari

Dua pegawai Maqis Johor dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes kartel import daging haram. - Sinar Harian

SKANDAL kartel import daging haram terus dihangatkan dengan penahanan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor bagi membantu siasatan.

Kedua-dua mereka disiasat kerana disyaki terlibat rasuah dalam melindungi kegiatan kartel import daging haram, ditahan reman selama lima hari bermula Khamis.

Pendaftar Mahkamah, Nur Izzaty Muhammad Zahari membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Khas Reman di Johor Bahru, Johor.

Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menerima rasuah.

Terdahulu, kedua-duanya tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Johor di Johor Bahru, pada pukul 11 malam Rabu bagi membantu siasatan kes kartel import daging haram.

Pada 2 Disember lalu, Sinar Harian menerusi laporan khas membongkar kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan di pasaran tempatan.

Serbuan dilakukan Maqis bersama-sama agensi lain di sebuah stor di Skudai dekat Johor Bahru, sekali gus mendedahkan kegiatan itu yang menggemparkan seluruh negara. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain