suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes harian Covid-19 boleh cecah 8,000 sehari pada bulan Mac

Kes Covid-19 harian boleh mencecah 8,000 sehari pada bulan Mac jika kadar jangkitan - yang dikenali sebagai R-naught (R0) - kekal pada 1.2.

REKOD harian kes Covid-19 yang menjangkau 3,027 kes pada Khamis ternyata mengejutkan ramai.

Malah kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes harian Covid-19 boleh mencecah 8,000 sehari pada bulan Mac jika kadar jangkitan yang dikenali sebagai R-naught (R0) - kekal pada 1.2.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 makin mengganas, Malaysia catat 3,027 kes terbaharu... 8 lagi kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu, unjuran itu dibuat menggunakan model Susceptible-Exposed-Infectious-Removed (SEIR) mengenai ramalan kes harian dari Januari hingga Mei.

Malah, kes harian boleh mencapai 5,000 pada pertengahan Februari dan 3,000 kes pada minggu keempat Januari.

"Kita harus mengurangkan R0 menjadi 0,5 untuk memutuskan rantaian jangkitan di negara ini," katanya menerusi Facebook pada hari Khamis.

Posting itu turut disertakan dengan ramalan jika R0 berada pada tahap 1.1 dan 1.2.

Pada kadar R0 1.1 yang lebih rendah, Malaysia hanya akan mencapai 8,000 kes pada minggu keempat bulan Mei; 5,000 kes pada minggu kedua bulan April dan 3,000 kes pada minggu kedua bulan Februari.

Tambahnya, R0 semasa adalah antara 1.1 dan 1.2. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia