suria

Pandemik ubah budaya bekerja - pemikiran juga perlu berubah untuk berjaya! 1 juta pemimpin dianggarkan turut serta dalam Go B.I.G dengan Digital

Go B.I.G with Digital fokus untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan produktiviti ke arah hasil yang lebih cemerlang.

APABILA berbicara mengenai pandemik Covid-19, impak yang dibawa ternyata sukar untuk digambarkan oleh akal fikiran setiap manusia.

Siapa sangka pada tahun 2020, wabak yang meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia itu akan mengubah gaya hidup dan rutin harian kita semua.

Antara yang turut ‘berubah’ tentunya operasi perusahaan, syarikat, organisasi dan perniagaan yang wujud di negara ini.



Sejajar dengan itu, Nexus Produktiviti Digital (DPN) dibawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah memperkenalkan inisiatif 'Go B.I.G with Digital' yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti melalui penggunaan digital dan teknologi ke arah mewujudkan impak yang besar dan drastik dalam perniagaan.

Selain itu, inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran tentang penggunaan digital dalam kalangan pemimpin dari pelbagai tahap kepimpinan di sektor awam dan swasta.

Go B.I.G with Digital juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan produktiviti ke arah hasil yang lebih besar (Breakthrough) dengan pengukuhan integriti (Integrity) serta amalan terbaik dan menjadikan penggunaan digital itu memberi kebaikan (Good) dalam meningkatkan pertumbuhan produktiviti.

Pandemik Covid-19 memberi impak cukup besar di seluruh dunia pada tahun ini.

Menurut Peneraju DPN, Dato’ Wei Chuan Beng, beliau sendiri bersetuju bahawa berlaku banyak perubahan selepas pandemik melanda sekali gus memaksa budaya kerja diubah ke arah digital serta memanfaatkan teknologi sedia ada.

"Menerusi DPN di bawah MPC, kita bersama-sama sepakat untuk memacu inisiatif Go B.I.G with Digital pada tahun ini memandangkan kita secara tidak langsung telah berada dalam era digital secara mengejut ekoran pandemik global Covid-19.

"Terdapat banyak pertikaian akibat pandemik seiring dengan perang perdagangan yang sedang berlaku. Sebagai sebuah negara, sebuah industri dan komuniti, kita harus mencari penyelesaian menghadapi situasi ini”.

“Go B.I.G with Digital memberi penyelesaian bagaimana kita boleh keluar dari situasi itu“, ujar beliau kepada mStar.

Menurut Wei, kepimpinan memainkan peranan penting dalam menggerakkan inisiatif Go B.I.G with Digital.

Malah katanya, teknologi digital merupakan kaedah yang wajar diguna pakai oleh para pemimpin bagi mendapatkan hasil luar biasa dalam era serba moden ini.

"Ramai yang menunggu untuk jadi pengikut - ianya bagus. Namun pemimpin dalam setiap organisasi harus mencari jalan untuk lebih berjaya, konsisten dan perkukuhkan integriti.

Peneraju Nexus Digital Produktiviti (DPN), Dato’ Wei Chuan Beng.

"Sebab itulah pemimpin perlu mencari jalan atau kaedah, dan dalam hal ini penggunaan teknologi digital adalah perlu. Jika kita tidak mahu mengambil risiko, jika kita tidak menyelaraskan semua sumber yang ada, sudah tentu ianya tidak menampakkan hasil.

Beliau menambah bahawa penggunaan teknologi digital dan kemampuan masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan adalah faktor penting dan beliau melihat Malaysia kini berada di landasan yang betul menuju ke arah tersebut.

Malah, beliau turut mencadangkan agar kursus-kursus pengajian di universiti ditambah nilai agar Malaysia dapat menghasilkan bakat baharu yang bersedia untuk memenuhi keperluan pasaran.

Mengulas mengenai ‘mindset’ ataupun corak pemikiran seseorang pemimpin, Wei berpendapat ia harus bermula dengan kesedaran dalam diri pemimpin.

"Ia harus bermula dengan kesedaran. Dalam status quo sekarang, kita akan ketinggalan ke belakang, katakanlah dari sekarang hingga 10 tahun akan datang.

Jelas beliau lagi, teknologi digital merupakan kaedah yang patut digunakan oleh semua peringkat kepimpinan bagi mendapatkan hasil yang luar biasa di era moden kini.

"Bagaimana nak kaitkan ia dengan kepimpinan? Lihat sahaja sejarah lampau. Apa sahaja perubahan yang berlaku kini, adalah kesan dan pengaruh kepimpinan itu sendiri”.

Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran tentang penggunaan digital dalam kalangan pemimpin dari pelbagai tahap kepimpinan di sektor awam dan swasta.

Sekiranya kita tidak dapat memimpin dan maju ke hadapan, kita akan ketinggalan dan tidak dapat menikmati perubahan yang lebih besar," jelasnya lagi.

Untuk menuju ke arah Malaysia yang lebih cemerlang, Sidang Kemuncak 2020 bertemakan Go B.I.G with Digital telah diadakan pada Selasa, 8 Disember secara maya.

"Dalam sidang kemuncak ini, kami membariskan gabungan pemimpin dari sektor awam dan swasta," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain