suria

Covid-19: Adun gesa tiada lagi kuarantin di rumah selepas kes ‘super spreader’ di rumah panjang

Sebanyak 37 kes positif Covid-19 dikesan di rumah panjang di Sibu selepas seorang wanita datang ke Sibu dari Johor untuk menghadiri pengebumian bapanya. - gambar hiasan

SEORANG wakil rakyat menggesa semua yang pulang ke Sarawak perlu ditempatkan di pusat kuarantin wajib, dan bukannya dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Ia susulan insiden seorang individu yang disahkan positif Covid-19 menjadi 'super spreader', menyebabkan 37 penduduk rumah panjang di Rumah Langgi di Sibu, dijangkiti virus itu.

Wanita dari kluster Pasai itu dibenarkan untuk menjalani kuarantin di rumah panjang, setelah kembali dari Johor pada 29 Disember lalu untuk menghadiri pengeebumian bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Wanita 'terbang' dari Johor dikenalpasti sebagai 'super spreader' selepas 37 kes positif dikesan di rumah panjang di Sibu

Seramai 74 penduduk di rumah panjang terbabit menjalani ujian saringan, dan daripada jumlah itu, 37 kes adalah positif selepas wanita berkenaan disahkan positif pada Rabu di Klinik Kesihatan Jalan Lanang.

Adun Bukit Assek, Irene Chang berkata, sepatutnya tiada pengecualian untuk sesiapa pun, sama ada mereka adalah menteri atau orang biasa untuk ditempatkan di pusat kuarantin.

"Kuarantin di rumah tidak boleh dibenarkan dalam apa jua keadaan sekalipun. Dan sekiranya pusat kuarantin tidak bersedia, penutupan harus dilakukan dengan nengehadkan penerbangan keluar dan masuk," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Chang berkata, 37 kes tersebut merupakan satu pengajaran yang perlu dijadikan iktibar di atas kesilapan menetapkan polisi kuarantin di rumah.

Dengan hanya dua kes lagi sebelum Sibu berubah menjadi zona merah, beliau mendesak Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JBPN) Sarawak untuk berhubung dengan Kementerian Pendidikan untuk persediadan bagi menangguhkan pembukaan sesi persekolahan pada 20 Januari.

Chang berkata, dengan rekod tertinggi 55 kes pada Sabtu di Sarawak, JBPN negeri perlu melaksanakan beberapa keputusan segera dan tegas dalam pengurusan wabak Covid-19 di Sarawak untuk mengelakkan peningkatan kes sebagaimana yang berlaku di Selangor. Johor atau Sabah. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain