suria

Tak hadir menghadap, tiga Adun PAS Perak mohon ampun kepada Sultan Nazrin

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata dia bersama dua lagi Adun PAS akan mengutus surat memohon ampun kepada Sultan Nazrin Muizzuddin.

TIGA Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS Perak menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kerana tidak menghadap baginda pada 8 Disember lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata dia bersama dua lagi Adun PAS akan mengutus surat memohon ampun kepada Sultan Nazrin Muizzuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesuruhjaya PAS Perak menghadap Sultan Nazrin petang ini

"Dengan rasa rendah diri, kami menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Perak atas kekhilafan kerana tidak menghadap baginda sebagaimana titah baginda pada Selasa lalu pukul 3 petang," katanya dalam satu sidang akhbar pada Jumaat.

Dilaporkan, tiga Adun PAS itu membatalkan rancangan untuk mengadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh pada Selasa kerana arahan pucuk pimpinan parti.

Ketiga-tiga Adun itu ialah Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahya (Kubu Gajah).

Mereka dijangka menyerahkan surat permintaan ampun hari ini. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sultan Nazrin Shah, Perak, Adun PAS

Artikel Lain