suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia rekodkan 2,234 kes Covid-19, Selangor catat jumlah tertinggi... 3 lagi maut

Malaysia merekodkan 2,234 kes positif Covid-19 pada Khamis.. kes positif Covid-19 pada Isnin.

MALAYSIA merekodkan 2,234 kes positif Covid-19 pada Khamis, menjadikan 78,499 kes setakat ini.

Ia melibatkan 2,229 kes penularan tempatan, manakala lima jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontak rapat pesakit Covid-19, Menteri Kesihatan jalani kuarantin di rumah

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan tiga kes kematian pada Khamis, menjadikan keseluruhan 396 kematian setakat ini.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 396 kes," ujarnya pada Khamis petang.

Sehingga hari ini, 1,112 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 66,236 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 124 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk rekod, Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,428 kes diikuti Sabah (274), Kuala Lumpur (136), Perak (115), Johor (100), Negeri Sembilan (67), Pahang(45), Pulau Pinang (42), Kedah (14) Melaka (5), Kelantan (3), Terengganu (3), Sarawak (1), Putrajaya (1).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain