suria

Kontak rapat pesakit Covid-19, Menteri Kesihatan jalani kuarantin di rumah

Dr Adham Baba kini menjalani kuarantin di rumah. -foto THOMAS YONG/The Star

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, beliau kini menjalani kuarantin di rumah sehingga 18 Disember setelah menjadi kontrak rapat kepada pesakit Covid-19.

Dr Adham memberitahu, beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada seorang petugas media yang hadir di pejabat beliau pada Sabtu lalu (5 Disember).

"Petugas media itu didapati positif Covid-19 dan bergejala.

"Sehingga tamat perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah (HSO), saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya.

"Sesiapa pun tidak terkecuali dari mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19.

"Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan Covid-19," kata Dr Adham di laman Facebook milik beliau, pada Khamis. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Lain