suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesuruhjaya PAS Perak menghadap Sultan Nazrin petang ini

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

PESURUHJAYA PAS Perak, Razman Zakaria akan menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh pada petang Rabu.

Menurut sumber, Adun Gunung Semanggol itu sedang dalam perjalanan ke Istana Kinta.

Sementara itu Utusan melaporkan Razman dan dua lagi Adun PAS Perak akan menghadap baginda pada pukul 4.30 petang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pagi Rabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ketiga-tiga Adun PAS Perak telah diarahkan untuk menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

PAS dilaporkan telah membatalkan pertemuannya dengan Sultan pada Selasa (8 Disember).

PAS Perak mempunyai tiga Adun iaitu - Razman, Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Abd Khalil Yahaya (Kubu Gajah). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain