suria

126 dirawat di ICU, 4 lagi korban Covid-19 di Sabah... 1,012 kes baharu direkodkan

covid newest

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 1,012 kes baharu, menjadikan keseluruhan 75,306 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,862 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut beliau, daripada 1,012 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 1,005 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 1,600 kes baharu direkodkan, Negeri Sembilan melonjak catat jangkitan tertinggi

Mengikut data setakat ini, Selangor melaporkan kes harian tertinggi pada Selasa iaitu sebanyak 417 kes, diikuti oleh Sabah (271 kes), Johor (108 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (98).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 388 kes," katanya menerusi satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 1,750 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 64,056 kes.

"Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya lagi

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua kluster baharu dikesan pada Selasa iaitu Kluster Seruling (Klang, Hulu Selangor dan Petaling) dan Kluster Tapak Bina Darul (Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai).

Ringkasan kes kematian pada Selasa:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah, Selangor

Artikel Lain