suria

Krisis Perak: Zambry, Saarani dititah menghadap Sultan Nazrin

Zambry dan Saarani dititah menghadap Sultan Nazrin pada petang Selasa. Foto: The Star

ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Adun Kota Tampan yang juga Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad dititah ke Istana Kinta untuk menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin, petang Selasa.

Terdahulu, tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) - Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, Nga Kor Ming dan Datuk Asmuni Awi telah menghadap Sultan Perak itu.

Awal hari ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Saarani, kedua-duanya menghadap baginda untuk menyampaikan calon bagi jawatan Menteri Besar Perak.

Sementara itu, PAS Perak yang sepatutnya menghadap baginda pada pukul 3.00 petang Selasa membatalkan hasrat berkenaan selepas mendapat arahan daripada pucuk pimpinan Pusat. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain