suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama calon MB dipersembah kepada Sultan Perak, Umno sudah cukup sokongan majoriti - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid bertemu pemberita selepas menghadap Sultan Perak.

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya bahawa mereka mempunyai sokongan 'lebih daripada mencukupi' mengenai calon Menteri Besar Perak yang baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Selasa, Ahmad Zahid berkata, beliau telah menyembah maklum mengenai sokongan majoriti kepada baginda.

"Saya telah diperkenankan untuk menghadap baginda dan saya telah mempersembahkan surat memohon untuk diperkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta, sekali lagi menghadap Sultan Perak

"Nama itu akan diumumkan oleh baginda, dan segala pernyataan akan dibuat oleh istana," katanya.

"Saya yakin kita mempunyai sokongan lebih daripada mencukupi," tambahnya.

Ditanya adakah sokongan itu juga dari PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahmad Zahid berkata, jika ia berlaku, mereka mahu mempertahankan gabungan Perikatan Nasional.

"Kita mahu Umno, PAS dan Bersatu membentuk kerajaan negeri," tambahnya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain