suria

Covid-19: 6 lagi maut, 123 dirawat di ICU... Malaysia rekod 1,810 kes positif baharu

Malaysia merekodkan 1,810 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat. Foto: Bernama

MALAYSIA merekodkan 1,810 kes positif Covid-19 pada Jumaat, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat ini sebanyak 80,309 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 12,734 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 1,799 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekodkan 2,234 kes Covid-19, Selangor catat jumlah tertinggi... 3 lagi maut

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes di mana 685 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

Ini diikuti negeri Sabah sebanyak 532 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 132 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan pertambahan enam kes kematian pada Jumaat.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan enam kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 402 kes (0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Sehingga hari ini, 937 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 67,173 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 123 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut ringkasan kes kematian pada Jumaat:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, 6 maut, Selangor

Artikel Sebelum

Harga petrol, diesel naik 3 sen

Artikel Lain