suria

Malaysia catat 660 kes baharu Covid-19, 4 lagi korban di Sabah

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. - gambar hiasan/foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 660 kes baharu, menjadikan keseluruhan 17,540 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,768 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 660 kes baharu yang dilaporkan, 654 kes penularan tempatan, manakala enam kes import yang terdiri dua warganegara dan empat bukan warganegara yang pulang dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat lagi korban di Sabah, Malaysia rekod 660 kes baharu Covid-19... pesakit di ICU cecah 3 angka

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 654 kes penularan tempatan, sebanyak 608 adalah warganegara dan 46 warga asing.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 167 kes," katanya pada sidang media, petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 233 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 11,605 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 108 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 35 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat kluster baharu dikesan pada Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain