suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klinik di Waterfront@ParkCity jalani proses sanitasi selepas pesakit positif Covid-19

(gambar fail) Seorang pesakit disahkan positif Covid-19. -gambar hiasan/Foto Reuters

SEBUAH klinik di The Waterfront @ ParkCity di Kuala Lumpur ditutup pada Selasa untuk kerja-kerja pembersihan dan sanitasi, selepas salah seorang pesakitnya positif Covid-19.

Pihak pengurusan mengesahkan bahawa Klinik Mediviron telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenai seorang orang awam yang telah mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pada 8 Oktober lalu disahkan positif Covid-19.

"Klinik segera ditutup untuk pembersihan, sementara doktor dan jururawat yang berkaitan menjalani kuarantin kendiri dan ujian saringan Covid-19.

"Klinik akan beroperasi semula selepas digantikan dengan doktor dan jururawat lain," menurut The Waterfront @ParkCity dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa proses disinfeksi dan sanitasi fasa kedua yang dilakukan di premis terbabit, serta keseluruhan kompleks tersebut, dijalankan oleh syarikat yang profesional.

Pihak pengurusan turut memberitahu semua langkah yang diperlukan telah dilaksanakan termasuk kerja-kerja sanitasi harian di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan di pusat tersebut. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain