suria

‘Lockdown’ di Selangor? Ini jawab Dr Noor Hisham

Sekatan jalan raya merupakan salah satu tindakan polis untuk membendung penularan jangkitan Covid-19 sebelum ini. Gambar hiasan/Foto Bernama

MASIH belum ada perbincangan untuk mengenakan 'lockdown' di Selangor, demikian tegas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, kawalan kesihatan awam telah dijalankan dengan cara membendung kes dan kluster di negeri itu.

"Jadi, kita harap kita dapat membendung penularan jangkitan dalam kalangan kes-kes yang telah dikesan dan juga kluster-kluster sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kadar kebolehjangkitan di Selangor lebih tinggi berbanding Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi dalam sejarah! Malaysia catat 287 kes semua penularan tempatan, 2 kluster baharu dikesan di Selangor

"Kalau kita dapat laksanakan sebagaimana kita jalankan di negeri Kedah, kita boleh kurang Rt (kadar kebolehjangkitan) kepada kurang daripada 1.

"Jadi, tindakan sedang aktif dijalankan di kawasan-kawasan tersebut. Kalau kita dapat jalankan tindakan tersebut, masih belum lagi kita bincang sama ada kita perlu lockdown atau tidak di Selangor," katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenakan 'lockdown' di Selangor berikutan negeri itu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) lebih tinggi iaitu 1.95.

Media sosial sebelum ini kecoh dengan khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk mengenakan lockdown di Selangor tidak lama lagi.

Dilaporkan bahawa Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding Sabah iaitu 1.95, di mana Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak.

Ia berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu di Selangor sebelum ini daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

lockdown, Selangor, Rt, Dr Noor Hisham

Artikel Lain