suria

Paling tinggi dalam sejarah! Malaysia catat 287 kes semua penularan tempatan, 2 kluster baharu dikesan di Selangor

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 287 kes baharu, menjadikan keseluruhan 11,771 kes setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,540 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 287 kes baharu yang dilaporkan, kesemuanya adalah kes penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekod kes harian ke-2 tertinggi... 260 positif Covid-19,4 kluster baharu dikesan

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 287 kes, 20 daripadanya adalah individu yang pulang dari Sabah.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 136 kes," katanya pada siang media, petang Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 81 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,095 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 22 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham turut memberitahu terdapat dua kluster baharu di Selangor, iaitu Seri Setia di Gombak dan Seri Anggerik di Hulu Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain