suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki temui ajal selepas terperangkap dalam tandas

Anggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di dalam tandas. Foto: Ihsan bomba

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas ditemui terperangkap di dalam tandas sebuah kediaman di Taman Scientex, Kulai malam Khamis.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Firdaus Juritah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 malam.

Sehubungan itu seramai lapan anggota beserta sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki terperangkap di dalam tandas.

"Apabila pintu berjaya dibuka, mangsa telah disahkan mati dan berkemungkinan telah lebih 24 jam," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa yang berusia 40 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

terperangkap, tandas, ajal

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia